Saturday, January 31, 2009

Objektif

1) Memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Ia juga turut dibincangkan dalam konteks Islam yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

2) Menyediakan ruang kepada para peserta bagi meningkatkan pengetahuan dan juga menambah ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan agar ianya mampu untuk dijadikan sebagai medium untuk membangunkan umat Islam di Negara ini.

3) Menggalakkan peserta khususnya mahasiswa agar sentiasa memainkan
peranan dalam meningkatkan ekonomi Negara sekaligus bersama menghadapi arus globalisasi yang sedang melanda dunia.

4) Mempromosikan lagi USIM kepada masyarakat umum sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang sedang meningkat maju.

5) Membincangkan hala tuju Mahasiswa Universiti dan membuka runang untuk membina jaringan perniagaan.

6) Sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar USIM dalam menghadapi alam pekerjaan.Meningkatkan daya saing serta semangat keinginan yang tinggi di kalangan mahasiswa/i USIM.

7) Merealisasikan agenda kerajan iaitu meningkatkan golongan usahawan di kalangan bumiputera dan seterusnya meningkatkan perkembangan ekonomi Negara.

0 comments:

 
iceps2009 © 2007 Template feito por Templates para Você