Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM telah merancang satu program iaitu Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 2009. Program ini merupakan kesinambungan kepada dasar akademik FEM iaitu mengadakan lawatan industri bagi pelajar tahun satu, mengadakan lawatan sambil belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi luar negara bagi tahun dua, mengikuti latihan industri/amali bagi peajar tahun tiga, dan seterusnya menganjurkan seminar atau persidangan bagi pelajar tahun empat. Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 2009 dan ekspo yang diadakan ini juga merupakan kesinambungan daripada program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 2008, yang dianjurkan oleh mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
0 comments:
Post a Comment